Sejarah Semera (kawasan negeri)

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Semera sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Simunjan pada tahun 1969 sehinggalah 1986 bersama dengan kawasan Gedong tetapi ia dimansuhkan dan digantikan dengan Kawasan Parlimen Batang Sadong sehinggalah tahun 1996. Ia telah diciptakan pada tahun 1968 dan telah dimansuhkan pada tahun 1996. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Sadong Jaya. Nama Semera diambil sebagai nama kawasan tersebut adalah kerana ia merupakan sebuah perkampungan yang besar dan padat jumlah penduduknya pada ketika dahulu.[5]

Kod bagi DUN Semera ialah S13 semasa pilihan raya pertama negeri Sarawak iaitu pada 1969, N13 pada pilihan raya berikutnya iaitu 1974 sehinggalah 1987. Pada pilihan raya negeri 1991, kod DUN Semera telah berubah iaitu kepada N16 kerana terdapat beberapa kawasan pilihan raya yang baharu.[5]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1969, Lee Thian Kee @ Mohd Puteh Abdullah telah menang dari Parti Perikatan (PERIKATAN) dan telah menewaskan dua calon lainnya iaitu Wan Aikap Tuanku Esin dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Salleh Zen dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Sebanyak 5,916 pemilih berdaftar pada pilihan raya ini. Lee Thiam Kee mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 3,092, Wan Aikap pula mendapat undian sebanyak 1,240 dan paling sedikit ialah Salleh iaitu sebanyak 497 undi.[3]

Pada pilihan raya berikutnya, 1974, Lee Thian Kee menang sekali lagi dengan mendapatkan undian sebanyak 3,337.[6] Tetapi pada pilihan raya 1979, Abang Ahmad Urai dari Barisan Nasional telah merampas kerusi DUN Semera. Pada pilihan raya 1984 sehinggalah 1991, kerusi DUN Semera telah berjaya diambil oleh Wan Abdul Wahab Wan Sanusi.[5][6]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Wan Abdul Wahab Wan Sanusi dari parti Barisan Nasional (BN) dan Wan Zainal Abidin bin Wan Senusi dari parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Semera terletak di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Simunjan di Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak di Dewan Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua, Simunjan. Kerusi DUN Semera dimenangi oleh parti Barisan Nasional.[7]

Rujukan

WikiPedia: Semera (kawasan negeri) http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh... http://www.spr.gov.my/index.php/component/content/... http://www.spr.gov.my/laporan/1987/bm.html https://books.google.com/books?id=RthRAQAAMAAJ&q https://www.klik.com.my/item/story/1074311/sarawak... https://www.klik.com.my/item/story/361378/keputusa... https://samarahan.sarawak.gov.my/asajayado/page-0-... https://archive.org/details/penyata-pilehanraya-um... https://web.archive.org/web/20020817145925/http://... https://web.archive.org/web/20160424120924/http://...